Saturday, 28 September 2013

Pena manusia

Kata putus
Kau
Semakin jelas
Tidak

Tingkah laku kau
Perilaku kau
Kesungguhan kau
Kehendak kau

Masa
Yang aku beri
Yang tak perlu aku beritahu

Itu
Kata putus
Aku
Ya
Pilihan aku

Semakin hampir ke penghujungnya

Jujur
Ya
Aku takut

Tapi tak mengapa
Sampai saat
Aku pasti jumpa alasannya

Oh.
Aku lupa.
Masih ada sedikit waktu.

Utk kau : -5

Friday, 20 September 2013

Padang Sasar

Jalan kota aku jelajahi
Penat sungguh rasa kaki
Bukan kerna jauh ku melangkah
Tapi kerana sesaknya manusia
Penuh ragam dan gaya

Dunia kini,
Tak indah lagi
Kotor dan hina
Peliknya itu yang berharga

Ada permata
Tapi tak bernilai lagi
Malah dicerca dan dimaki
Hanya tohmahan diberi

Ada juga
Yang dilihat permata
Kau lihat tak akan tahu
Nyata itu palsu

Memang entah dimana aku.
Aku keliru.
Jalan aku teruskan.

Friday, 16 August 2013

Kembara Dia


Perlahan-lahan, kau melangkah pergi.
Perlahan-lahan, dia merangkak lagi.

Semakin tak bercorak langkah kau,
Semakin longlai langkah dia.

Kau, sudah berlari.
Dia, sudah berhenti.

Susun kata kau tampak terang,
Buta mata nak dilihat dia.

Semua madahan kau,
Dia zahirkan sebagai mimpi.

Tiada haluan kini.
Tiada juga keputusan yang pasti.

Buat kau,
Ucapan terima kasih dia berikan.
Kehadiran kau,
Kenangan yang takkan dia lupakan.

Keputusan kau,
Dia anggap..
Permulaan langkah baru.

Sunday, 4 August 2013

Sekali lagi kau membisu

Rasa nak tumbuk je dinding ape bagai.

Ape masalah?
Hah?

Susah.
Tak faham.

Unpredictable.
Yes, you are!

Terus teranglah.
Kenapa nak simpan.
Kalau marah kata marah.
Kalau tak suka kata tak suka.
Kalau sedih kata sedih.
Kalau terasa kata terasa.

Tapi..
Kalau nak diamkan juga,
Diamkanlah..
Tak usah bicara.

Bila hati tak tenang,
Bicara seperti tiada jiwa.
Bila jiwa tak tenteram,
Bahasa tak mudah dibaca.

Berapa kali kau nak persoalkan.
Berapa kali kau nak pertimbangkan.

Berapa kali lagi baru nak kau sedar..

Bahawa..

Setiap persoalan,
Hati seorang manusia terluka.
Setiap pertimbangan,
Hati itu bertambah duka.

Entahlah..
Sampai bila.

Monday, 29 July 2013

Tangisan Hati

Ya Allah.
Apa yang Kau perdengarkan pada telinga yang Kau ciptakan ini..
Apa yang terjadi pada hati yang Kau ciptakan itu..
Perbualan apa yang aku ratapi ini..

Ampunkanlah dosa kami Ya Allah..
Yang sebelum atau selepas,
Yang disengajakan atau tidak disengajakan,
Yang diketahui atau tidak diketahui..

Sungguh Ya Allah..
Kau letakkanlah perasaan sangka baik dalam hati kami..
Kau terangilah hati kami dengan cahaya keimanan..
Kau suburkanlah jiwa kami dengan rasa kehambaan..
Redhakanlah hati ini..
Agar kami tetap gembira walau halangan menimpa,
Agar kami tetap setia padaMu walau badai melanda.

Pilu..
Hati hamba Mu ini menangis Ya Allah..
Buntu jiwa ini,
Tidak ku ketahui apa yang perlu aku lakukan..

Tunjukkanlah..
Tunjukkanlah..
Tunjukkanlah aku..
Jalan yang benar,
Jalan yang Engkau redhai Ya Allah.

Saturday, 27 July 2013

Hati Mati

Aku.
Jatuh lagi..
Adakah ku punya hati mati..

Hilang.
Dimungkiri lagi..
Panjiku tak mudah berdiri..

Terbang.
Terasa aku...
Ingin terbang..

Tuhan.
Bawa aku..
Jauh bersendirian..

Genggam.
Jasad dan hati ini..
Agar kebenaran tak diragui..

Terangi.
Dengan keimanan..
Agar tak sesat aku dijalanan..

Punyakah aku peluang?
Aku fikirkan.
Ku tahu jawapan.

Namun,
Selama mana lagi mampu ku tahan?
Aku ragukan.

Kehidupan.
Aku teruskan.

Thursday, 25 July 2013

Kepulangan diri

Kini aku kembali
Dengan naluri hati
Yang lebih mengerti
Mengerti akan hakikat duniawi

Banyak yang terjadi
Tapi ingin aku selindungi
Kerana,
Telah aku pelajari
Tak semuanya harus dikongsi

Bicara hati,
Hanya ingin aku dengarkan pada pemilik diri.
Biar saja,
Menjadi senjata mukmin sejati.

Kadangkala,
Kekhilafan menerajui diri
Hingga aku buta
Nafsu dan hati tidak aku kenali

Bagi yang membaca. Maaflah. Blog ini menjadi tempat luah isi hati. Juga seperti diari. Untuk aku kenang di usia tua. Agar aku lihat kelemahan sendiri.

Ade beberapa entri aku padam sebab rasanya tak sesuai dibicara umum.
*sebenarnya aku geli hati baca nukilan remaja aku dulu. Almaklumlah. Tak matang. Kihkihkih*