Wednesday, 14 May 2014

Post ini sekadar untuk aku renungi. Tafakkur di pagi hari.
Jika kalian mahu, ini juga buat kalian, sahabatku.

Dalam hati-hati melihat,
Aku makin nampak yang mana jelas, dan yang mana tidak.
Tak semua aku boleh faham. Itu hakikat.
Mungkin sebab manusia berubah.
Mungkin kau. Mungkin dia.
Mungkin juga aku.

Bukan nak bersangka buruk.
Cuma terditik resah kalau semua hilang.
Entah siapa yang tinggal.
Mungkin tak siapa bersampingan.
Kau dengan jalan kau, dia dengan jalan dia.
Dan aku, mungkin aku juga dengan jalan aku.

Entah mungkin kita semua takkan kekal selamanya,
Sampai akhir waktu kita,
Seperti yang kita semua janji bersama.
Tapi, jangan kau risau duhai teman.
Selagi aku mampu, aku akan terus,
Terus menjadi teman.

Saat kau perlu, aku akan tiba disana,
Menjadi seorang teman, kerana aku mahu tiba.
Namun, jika lama penantianmu,
Dan masih aku tak kunjung tiba.
Mengertilah, bukan aku tak mahu,
Tak mungkin aku tak mahu tiba.

Tapi, mungkin takdir sudah putuskan,
Waktu untuk kita bersama sudah tiada.
Yang akhir ku pinta,
Doakanlah aku sentiasa.

Wednesday, 12 February 2014

Hati dan iman

Hai manusia lemah.
Leka dan alpa.
Sering dibawa nafsu.
Senantiasa mengikut hatimu.
Sedang yang benar adalah imanmu.

Benar.
Hati ibarat raja.
Raja dalam dirimu.
Kuat, gagah dan berkuasa.
Namun bukanlah ia tuhanmu.
Pemiliknya Allah yang satu.

Jika baik raja mu.
Akan senanglah dirimu.
Dan bergembiralah imanmu.
Segala kehendaknya,
Penuh dengan kecintaan.
Cinta akan kebaikan.

Namun jika rosak raja itu.
Hanya mangikut nafsu.
Bahanalah dirimu.
Segala kehendaknya,
Dari bisikan.
Bisikan nafsu durjana.

Tapi manusia.
Raja adalah raja.
Bukan yang paling berkuasa.
Kau mampu mengawalnya.
Dengan imanmu.
Imanmu pada yang maha Esa.