Hahahaha, memang aku tak sangka wujud jugak penyakit macam nih. tak sangke betol.lelaki jadi jadi perengus kerana kecewa,murung atau marah. lol. tapi takot jugak la aku bace artikel ni kat paper mase tuh. banyak kot bahaye kalau ade penyakit ni. meh aku masuk detail sikit dalam tajuk ni.
Name penyakit ni 'Irritable Male Syndrome' atau sindrom lelaki 'perengus'. *damn gile name penyakit ni. natang ni berkait dengan perubahan biokimia, perubahan hormon, tekanan dan kehilangan identiti maskulin. IMS jadi selaras dengan kejatuhan mendadak paras hormon testosteron lelaki dan selain jadi IMS orang yang ade penyakit ni dapat gejala :
- Tiada semangat dan mudah letih
- Kekejangan badan
- Sakit belakang
- Sakit kepala
- Hilang keinginan seks
Kesan yang terjadi bila lelaki mengalami perubahan hormon berbeza dengan perempuan yang mengalami perubahan hormon (macam lepas haid tu la) sebab hormon testosteron ni hormon yang berfungsi kepada dominan maskulin lelaki. *korang tak faham?? aku pon tak faham. lol. tapi ini la yang tertulis kat dalam artikel tu.
Susah nak detect someone tu kene penyakit ni ke tak sebab hormon lelaki naik turun cepat tak macam perempuan 28 hari tu dah tau. kalau lelaki bergantung kat individu tu la. yang buat aku cuaknye, artikel tu kate, lelaki yang ade sindrom ni berisiko dua kali ganda untuk dapat darah tinggi. and orang tu akan mengalami tekanan jiwa melampau waktu awal usia. and berisiko lima kali ganda untuk dapat heart attack daripada mereka yang normal. *what a damn fact.
#secara jujurnya aku rase memang aku ade penyakit nih. hanya orang tertentu dan yang Esa je boleh faham kenapa aku cakap macam ni. huiiii la. ini kena solat taubat ni. bahaye betol
No comments:
Post a Comment